time and space

 

 

photo_2016-03-02_22-57-52

 

someone shared this picture to me.

deep.

untuk ke berapa kali agaknya aku telah membiarkan Allah cemburu terhadap kerinduan aku pada manusia..

untuk kali ke berapa agaknya aku telah meng’ilah’ kan perkara yang lain selain Allah.

 

Allahu, tiada lah sedih atas kerinduan pada manusia itu yang aku ratapi,  melainkan kecewanya aku pada diri sendiri atas khilaf diri.

pasti terlalu banyak hak-hak Allah yang aku telah abaikan.

*sungguh, aku sendiri binggung, dalam kehidupan yang tak lari dari menyayangi manusia. hingga kadang aku takut sendiri andai perasaan itu melebihi rasa perlunya, rasa rindunya aku pada Allah. Aku bingung. Harus bagaimana aku bisa mencintai manusia atas dasar iman kepadaNya. Hanya semata kerana Dia…

sungguh aku tak tahu, maka aku mohon ajarkan aku Ya Rabb.Tunjukkan kami cara yang terbaik..

nikmat dalam keputus asaan

 

 

Terima kasih sebab banyak bersabar dengan kerenah kami semua. Moga Allah mengganjari segala usaha akak2. Saya dapat banyak benda  kali ni. Sorry sebab selalu buat barrier antara kita.  insyaAllah saya akan usahakan untuk berubah sikit demi sikit.

aku harap aku akan tetap ingat moment ini untuk aku kenang hingga ke suatu masa yang aku akan merinduinya. aku harap ia akan menjadi tumuhan untuk aku terus berbuat tanpa meletakkan expectation..

pada awalnya, dialah harapan. dialah yang paling menonjol. dan tatkala itu ramai antara kami berharap agar dialah yang akan terus tsabat hingga ke akhirnya.

tak siapa sangka, setenang air yang ditenung, akhirnya berkocak jua. ujian-ujian yang terpaksa dihadapinya menjadikan dia goyah. satu persatu ujian datang untuk meruntuhkan ego yang berdiri kukuh dalam jiwanya, namun gagal dek kuatnya hati melawan fitrah semulajadi.

terus dan terus dia menafikan realiti kelembutan kasih sayang sekeliling, kecintaan dan kebahagiaan dakwah.. hinggalah akhirnya benteng ego itu akhirnya retak. Allah sungguh berhak memilih siapa saja yang Dia mahu. Hatta untuk setiap ujiannya, Dia menurunkan dengan ukuran yang terbaik.

aku melihat harapan dalam keputus asaan aku. aku kini melihat dia seolah berlari mencari cahaya di sebalik jauhnya dia ketinggalan. Aku melihat kesungguhannya dalam meruntuhkan ego yang terbina sejak kecil. Allahu… semoga Engkau menguatkan dia dalam setiap derap langkahnya. Menunjukinya ke jalan yang terbaik yang Engkau redha.

dan menumbuhkan kecintaan dalam jiwa kami antara satu sama lain…

 

maka, nikmat Tuhanku yang manakah yang aku dustakan?

alhamdulillah thummalhamdulillah

Pejamkan saja ;)

photo_2016-02-17_20-43-01

 

” I believe Allah will unite my heart with the person that He loves” – ukhty X

Masih aku ingat saat dia berkata begitu. Ketika tu entah kenapa terlalu sering dia mengingatkan aku tentang attachment . Walaupun sebenarnya aku tak pernah meluahkan apa-apa cerita tentang attachment aku padanya. Hebatnya Allah mendatangkan dia untuk menegur aku.

She indeed so true.

 

Urusan hati tu sangat kompleks. Tak mampu kita sendiri memberi pengertian pada setiap rasa hati kita. Ada waktu kita seolah teramat bahagia tanpa kita sendiri faham atas sebab apa. Ada waktu kita merasa senang bersama dan hanya mahu terus bersama. Seolah hati-hati terhubung pada satu bahasa yang masing-masing fahami. Hanya bermesra tanpa perlu dipaksa.

 

 

 

“Sometimes the things are left unspoken”

 

 

Ironinya, seharusnya urusan hati  tak perlu untuk kita risaukan. Allah berjanji bahwa jiwa orang yang beriman akan disatu dalam saf-saf yang teguh ibarat bangunan yang kokoh. Allah berjanji bahwa Dia pasti akan menumbuhkan kasih-sayang pada hati orang yang saling berkasih-sayang kerana Nya.

Then, why should we worry?

Apa yang kita risaukan adalah iman, jika ia adalah paksi kepada kecintaan di tali ukhwah. Yang patut kita takutkan adalah lemahnya iman hingga wujud pertelingkahan. Hingga merasa cepatnya kecewa dan putus asa. Hingga memilih untuk tak membagi rasa kerana takut terluka.

 

photo_2016-02-17_22-14-28

 

Ya Allah, kami memohon cintaMu, cinta orang-orang yang mencintaiMu, dan cinta kepada segala yang mendekatkan kami pada cintaMu.

 

 

 

Lower Your Expectations 

Terlalu sering aku temui diriku yang terlalu dalam cintanya pada manusia. Hingga kadang aku merasa ia suatu kelemahan yang harus aku atasi. Ketakutan pada kecintaan manusia kerana aku takut cinta itu disalah tafsir oleh hati sendiri. Bilamana cinta manusia diagungkan hingga garisan ‘ilah’ pada Tuhan kian teralih.
Aku takut aku akan meletakkan pengantungan yang sangat tinggi pada manusia. Mengira mereka boleh mengisi kekosongan hidup aku. Mengira bahwa mereka lah yang akan membahagiakan aku.
Tapi aku salah.

I put too high expectation to people in life. Hingga terlalu sering aku yang kecewa. Aku kecewa bila insan yang aku sayang tak memberi sepenuh perhatian sebagaimana aku ingin dia selalu ada.

I asked too much from people, sedangkan aku lupa bahwa masing-masing punya tanggungjawab yang lebih besar iaitu dakwah dan tarbiyah itu sendiri.

Aku telah meletakkan kepentingan diri melebihi kepentingan tarbiyah dan dakwah. Hingga suatu masa aku pernah terlalu kecewa dengan manusia. Aku sangka aku terluka. Tapi aku silap. Aku lah sebenarnya yang salah. Salah dalam meletakkan neraca dunia.

Sekarang baru aku tahu. Tak semestinya apa yang kita cinta akan sentiasa ada bersama. Tak semestinya apa yang kita suka akan selamanya ada untuk kita. Ada masa kita kena lalui kepahitan atas kecintaan yang kita pernah rasa. Ada masa, nilai cinta kita adalah pada bahagianya orang yang kita cinta. Jika mereka bahagia, maka itulah kebahagian bagi kita. Cintai dan beri lah peluang pada orang yang kita cinta untuk mencintai insan lain yang mereka cinta. Kita tiada hak mutlak untuk mencintainya sahaja. Jiwa kita bebas untuk menyayangi dan bebas untuk membuat mereka bebas dicintai.

Dunia terlalu sementara. Apa yang kita mahu tak semua yang kita dapat. Tapi di surga, segalanya pasti dan yang lebih utama…ia akan terus kekal selamanya..

 

A042

”Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami tidak memberati diri seseorang melainkan sekadar yang terdaya olehnya. Mereka itulah ahli surga, mereka kekal di dalamnya.”

A043

”Dan Kami cabutkan segala rasa dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (surga) yang mengalir beberapa sungai di bawahnya dan mereka bersyukur dengan berkata; ” Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk ini, padahalkami tidak sesekali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami; sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran”

Dan mereka diseru; ‘ Itulah surga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan’

I lend you..

Seusai makan malam, aku menemaninya mencari barang yang hilang. Penting katanya. Hmm. Kami cari di stor belakang rumah dari satu persatu kotak yang ada. Setiap kotak yang dibuka, hampa.At last, we have to surrender. That thing was not there.
Suddenly, she handed me a book. 

“Nah ambik ni, baca.

I took it. Menarik… Then, a few second after it, she handed me another book.
Then another book. Fuhh.. After one and another one and another one, till i said ” okay..okay.. (as if enough now)”

Me: ” Alaaa…camne nak pulangkan balik buku ni nanti?” (Since we are not living together in the same house and meet once in a while je) 
Ukhty: “Apa susah, selagi kamu kt jalan ni akak tak risau. Tapi pastikan kamu stay kat jalan ni lah”

Im just smiled. That words went deep into my heart. At that moment, i feel no worry. 
————————————————————–
Tak setiap hari akan cerah. Ada masa mendung. Ada masa hujan. Tak siapa pun tahu ribut dan taufan mana akan menyerang. 
Today, i feel so bad with myself. I stumbled. How i wish i could tell myself that i will be ok if i make the right choice. I can make it different if i really wanted to mujahadah. I can make it different if i really wanted to stay in this road. It is just a matter of determination.
Oh Allah, aku tahu jalan ini suci dan hanya akan memilih orang yang benar-benar bersih untuk memikul dakwah dan tarbiyah ini. Aku tak mampu untuk membina menara islam dengan tanganku yang kotor. Aku tak mampu untuk menyeru manusia untuk berkorban segalanya di saat aku masih dibelenggu hawa nafsu. Aku tak mampu.
I couldn’t even be so sure that i will be here till the end of my day.
Ukhty, kata-katamu ibarat satu harapan yang aku sendiri tidak pasti. Tak kira selama mana sekalipun kita telah ditarbiyah, kita pasti tak punyai jawapan yang kokoh untuk itu. 
Aku merasa teruji. Teruji dengan keinginan nafsu terhadap dunia.. Kenapa terlalu cepat hati ini berbolak balik. Hanya dengan percikan nikmat dunia sedikit sudah cukup membuatkan hati ini mati. Fikiran ini kelam dengan gelapnya angan-angan. Hingga akhirnya aku sedar, aku telah jauh di persimpangan.

Allah.. Aku belum cukup mencintai Engkau.
Belum besar cinta aku untuk Engkau.
Belum…masih belum..
   

 

Reminder

Apa yang awak buat sedikit sebanyak mempengaruhi adik-adik awak

@@

Tersentap aku.

Kerana hati yang bersih dapat menjamin murninya apa yang akan disampaikan. Jangan kerana dosa yang ada, menghalang kebaikan dari sampai ke hati mereka.

Salahnya kita bila merasa fahamnya mereka kerana usaha kita. Kerana penat lelah kita bersama mereka. Kerana petahnya kita dalam bicara. Hingga mereka masih tsabat bersama.
Kerana hakikatnya Allah yang mengizinkan segalanya. Dia jua yang memegang hati mereka. Cuma kita menjadi pengantara sahaja.

Tak, kita tak cukup berusaha pun lagi kalau jahiliah masih berbaki, tak mahu pergi. Kalau amal masih tak tarbawi.

Bagaimana gelas berisi air yang kotor mampu mengisi gelas yang bersih? Tak layak sama sekali.

Teach me how to fly

“Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul, kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran yang telah mereka ketahui, seraya berkata,
‘Ya Tuhan, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi’.”

Al-maidah: 83

 

12487092_650080011799884_6084141729503143010_o

 

Jika tidak kerana rahmat dan petunjukNya, barangkali kita masing merayau-rayau mencari definisi bahagia. Mungkin sahaja sedang berusaha memberi nilai pada kejahilan dengan harga sebuah agama. Hingga yang haram akan nampak halal dengan secalit islam di jiwa.

Allahu, tak mampu pun untuk kita mengira betapa banyak nikmat yang telah Allah beri, baik yang kita minta mahupun tak pernah sekali kita doakan. Hatta, nikmat yang terbesar pada kita hari ini adalah islam, tarbiyah dan dakwah 🙂

Di jalan ini banyak mengajar aku mentadabbur manusia-manusia yang ada di sekeliling aku. Allah seolah sedang mengajarkan aku suatu erti yang besar daripada mereka. Mencorakkan aku dengan tarbiyah di sebalik hadirnya mereka.  Mentadabbur mereka. Memahami mereka dan menyelami lubuk hati mereka. Mereka hadir dalam kehidupan aku tanpa sia-sia. 🙂

aku belajar menghargai di saat tak mengerti, mencintai tanpa bersandarkan perasaan sendiri melainkan Ilahi, mengasihi dengan sepenuh hati walau mungkin baru bertemu sekali dan tak kurang juga belajar menguatkan hati di saat jiwa dikocak-kocak dengan nafsu diri.

Hingga pada akhirnya, aku sedar, mereka lah jiwa-jiwa yang indah yang juga sedang berusaha mencari redha Dia..

Those beautiful souls, will always be in my prays

 

“Moga ruh-ruh dari jiwa ini terbang menuju redha Allah”

[Momento 050116]

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

 

-sahabat sejati UNIC-

My rama-rama

Assalamualaikum

“Kenapa dalam ramai-ramai manusia yang hadir dalam kehidupan kita, kenapa ada yang seperti rama-rama? Sangat indah dipandang mata, menyenangkan, membahagiakan..tapi sukar disentuh, sukar didekat. Makin dikejar makin menjauh. Seolah hidup hanya sekadar bahagia melihatnya dari kejauhan.”

Ukhty N: “Awak, kenapa awak sayang sangat rama-rama walaupun ia selalu suka terbang jauh?”
That question went deep into my heart. I ponder on what i felt now. How come i have such feeling for no reason.

Me: “entah. (I wish i could make her understand that it is unconditionally happenned). Banyak susah payah dakwah dah lalui bersama. Banyak mengenal dia di saat awal2 tarbiyah di sini. Di saat kita sangat baru nak bermula, keadaan yang xde apa-apa tapi terus berbuat je. Bersama melihat dan merasai people come and go di jalan ni. Ada masa-masa yang saling menguatkan. Ada masa-masa yang saling memerlukan. ”
Sejujurnya, aku tak pernah menghadapi manusia sesukar ini. Tak pernah aku merasa gagalnya aku mencari kunci membuka hati manusia. Dan tak pernah aku merasa kuatnya tolakan untuk aku bertahan. Logiknya, aku boleh memilih untuk berputus asa dan teruskan kehidupan aku seperti biasa. entah kenapa semakin aku cuba baikan semakin aku merasa zalim dan kecewa. Semakin aku merasa loser. Hingga aku tiada alasan untuk diberi pada Tuhan.

Kenapa aku diuji dengan perasaan seperti ini? Satu hal yang sering aku rasa picisan. Lebih kecil dari kerja dakwah yang ada. Tapi semakin aku abaikan, aku sedar masalah itu akan terus berulang dan berulang.

Ukhty A: ” keep your prayers for her. Make dua. Have faith yen! ”

Ada fasa-fasa yang aku merasa hanya doa lah yg menguatkan aku. Betapa aku sangat menginginkan kebaikan untuk dia. Betapa kebahagiaan dia itu adalah kegembiraan bagi aku. Namun, ada masa-masa yang aku juga berputus asa dalam berdoa untuknya. Terlalu sering aku temui diriku terlalu cepat kecewa. Dan aku harap bukanlah kecewa pada doa yang masih belum Allah jawabkan.

Aku tak tahu samada baik kiranya aku meminta agar Allah memudahkannya bagiku atau meminta Allah untuk terus menguatkan aku. Entah Tarbiyah apa yang Allah cuba sampaikan pada aku. Untuk apa sebab sekalipun, aku harap Allah memberi kami hikmah agar kami menjadi hambaNya yang mendapat petunjuk.


” kembalikan cinta itu kepada yang memberi rasa iaitu Allah. InsyaAllah Dia akan menunjukkan cara. Yakinlah cinta adalah segala apa yang membawa kita kepada Allah. Selain daripadanya adalah dusta.”

Jika perasaan itu tidak bersandarkan Allah, maka ia adalah dusta.
Semoga kita termasuk dalam kalangan mereka yang mendapat kemanisan iman 🙂

Dalam Ukhwah Ada Bekalan

Assalamualaikum..

alhamdulillah untuk nikmat yang tak terkira yang telah Dia kurniakan ke atas kita, hatta kita tak pernah meminta sebegitu banyak. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Alhamduliilah ke atas nikmat ukhwah yang Dia anugerahkan sebagai bekalan di jalan dakwah dan tarbiyah. Benar lah di sebalik ukhwah sendiri banyak perkara yang kita pelajari. Banyak sentuhan-sentuhan tarbawi dari ukhty yang terdekat. Saban hari kita semakin mencintai mereka kerana hebatnya qudwah yang dimiliki mereka.

Di jalan ini lah aku menemui insan yang ikhas beramal. Tak mengharap perhatian mahupun balasan. Dia tahu apa yang dia mahu dan dia jelas dengan matlamat yang dia usahakan. Allahu, seringkali aku merasa ingin ikhlas seperti dia. Tidak meletakkan sandaran dunia dalam beramal. Tidak buat hanya ketika aku merasa senang dan beralasan ketika payah. Sungguh hebat peribadi al-ukht. Hingga kan pernah suatu pagi, aku bangkit dengan rasa sedih. Aku tanyakan pada diri, selama aku hidup, apa amal yang paling ikhlas yang akan aku bawa pada Allah. — aku rasa sungguh rugi.

“Dan barangsiapa menaati Allah dan Rasul, maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah, (iaitu) para nabi, para pencinta kebenaran, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya”

An-nisa : 69

photo_2015-09-06_22-46-45

*uhibbukum fillah..each of you. Semoga Allah teguhkan hati kita untuk terus berjuang di jalan ini. semoga hari mendatang lebih baik daripada hari yang telah berlalu. Semoga saling menguatkan.

the past and uncertain future

” awak, what are the things that we usually do together?”

-almost everything 🙂

“but, with you i feel so awkward”

sometimes, i wish i could say to myself, ‘its okay, nothing much we can expect from people”. I still cant accept the reality that is happening around me. Everything seems to happen very fast. Yesterday you are my favourite companion. Today you text we and asking all those questions that will ended up making us both more awkward.

sigh.

“its okay. saya pun tak tahu apa yang saya patut harap dari awak dan manusia” 🙂

the moment that i said this, i really meant it. This is not the first time i feel losing something. I had it twice. and hopefully it is enough to teach me to never ever put any strong attachment to people. people are not flawless. they are human. I realised the biggest mistake that i did was expecting they will fulfill my emotional and happiness. but i indeed was very wrong. i stumbled. i feel bad about myself and my world. as if nothing in this world that can bring any happiness to me anymore. i keep questioning myself why people change so fast? but at the end, i know all the way i was wrong.

alhamdulillah ala kulli hal.

i learnt alot from those things.

but,there is always something tht keep remind me to be the best to people,

Antara kita dan Tuhan

masih tergiang kata-kata seorang al-ukht di saat dia mengingatkan aku tentang dunia dan manusia,

“Hakikat kehidupan kita ni, hanyalah antara kita dan Allah dan segala apa yang ada di antaranya adalah ujian semata-mata. Orang sekeliling kita, mutarabbi kita, murabbi kita, kawan kita, akhwat kita, harta kita, impian kita dan apa saja yang selain Allah”

Tamparan kata-kata yang cukup membekas dalam hati aku untuk kembali sedar hakikat kehidupan yang lebih utama adalah keredhaan Allah. Bukanlah pada apa yang kita cintai selain Allah.

“Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Tuhan selain Allah  sebagai tandingan yang mereka cintai seperti mencintai Allah.

Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah.”

– Al-baqarah:165 –

Longgarkan segala ikatan yang telah mengikatmu atas asbab duniawi. Longgarkan kecintaan pada apa yang kamu barangkali cinta kerana ia dekat pada jiwa.

** Di jalan ini, aku mula belajar di sepanjang jalan kita akan menemukan orang yang paling cocok untuk kita dampingi dalam kehidupan seharian kita. Kita merasa senang, merasa bahagia dan merasa sangat dekat dengan insan itu. Tapi di pengakhirannya Allah akan menguji untuk membersihkan ikatan itu hingga semata-mata kerana Allah. Bukan lah kerana kesukaan dan kecintaan yang ada pada insan itu.

Aku belajar untuk tidak meletakkan pergantungan pada manusia lagi. Tidak meletakkan harapan dan expectation pada manusia. Manusia takkan pernah sempurna, maka berharaplah hanya pada Yang Maha Sempurna.

Di saat aku sedar kelemahan diri. Di saat aku tahu rapuhnya hati. Aku seolah takut memberi harapan pada manusia lagi. Biarlah hak-hak manusia semua dipenuhi, jangan sampai aku menzalimi. Cuma aku mungkin tak mampu untuk mencintai seperti mana sebelum ini.

Alahai murabbi

Assalamualaikum..

Pernah tak terlintas di fikiran untuk ponteng usrah untuk mutarabbi?
Pernah tak rasa malas yang amat sangat untuk bawa usrah?
Pernah tak, rasa tak tahu nak bagi apa untuk usrah minggu ni?
Pernah tak rasa macam nak beruzlah je kejap untuk stabilkan diri?

*…and the list goes on and on…

Haha. Ragam murabbi. Banyak kerenah sendiri. Kadang cuba lari dari tanggungjawab dakwi. Huh

Aku kerap sangat merasa seperti tu, kadang rasa nak berhenti sekejap untuk mehasabah diri. Tapi aku tahu, muhasabah saja tanpa usaha seolah sia-sia. Jadi aku teruskan juga walau aku tahu usrah tu mungkin bertukar menjadi hambar. Mungkin membosankan. Mungkin juga membuatkan mutarabbi semakin malas untuk ke usrah lagi. Heh?

Sejujurnya tanggungjawab sebagai murabbi adalah tanggungjawab paling besar yang dipikul manusia. The toughest job in the world. Kalau tanpa motivasi dari Tuhan, barangkali ramai manusia hilang tanpa meninggalkan jejak dalam jalan ini. Kerana payahnya dakwah hingga manusia kadang merasa lemah dan kecewa kerana panjangnya jalan ini.

Aku tahu, langkah aku baru sahaja bermula. Masih banyak titian yang belum aku tapaki. Cuma tarbiyyah itu terlalu berbeza pada setiap ketika hingga kita sukar meneka apa yang menanti di hujung jalan ini.

Aku merasa semakin payah dan berat bila berada dalam gerakan yang sangat bersungguh dalam mentarbiyyah manusia. Mereka sangat mencintai jalan ini. Hingga sanggup melupakan diri sendiri.
Aku tahu, aku mengerti betapa dakwah sebenarnya cinta dan ia menuntut segala kecintaan kita pada perkara selainnya. Cuma kadang aku merasa berat kerana kefahaman yang ada tak dapat menampung beban dakwah ini. Aku dilajukan untuk bergerak membina manusia. Bersama mereka hingga merasa bahagianya bekerja untuk islam.

Cuma sepanjang tarbiyyah di peringkat ini, aku semakin merasai banyaknya lompong atau rongga kosong pada kefahaman aku. Masih banyak yang aku tak tahu. Apa yang aku jelas hanyalah rangka dakwah dan kepentingannya. Aku jelas dengan jalannya. Aku jelas dengan sebabnya cuma masih banyak perkara asasi yang belum aku kuasai.

Berat.
Panjang.
Jauh
Dan penat..

Aku merasa lemah dengan diri sendiri..

Continue reading

stay strong

Assalamualaikum..

 

(Allah) berfirman, “Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilih (melebihkan) engkau dari manusia yang lain (pada masamu) untuk membawa risalah-Ku dan firmanKu, sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah engkau termasuk orang-orang yang bersyukur.”

Al-‘Araf:144

Aku tahu, ketika ini kita masing-masing bermujahadah dengan hal yang membelenggu diri.

Aku tahu, barangkali keadaan tak sama seperti pertama kali kita merencana semua ini. Bagi aku, dalam perjalanan ini perlu ada perubahan. Mengharap perkara yang dicintai dahulu menjadi perkara yang amat dicintai hari ini kerana Allah. Kalau dulu membuta tanpa mengenal Tuhan, kini bersama memimpin ke jalan Tuhan.

Sepertinya Allah telah menemukan kita pada jalan ini, memberikan segala kebaikan untuk terus tsabat meskipun tak layaknya kita dengan dosa yang ada. Tapi, Dia tetap meneguhkan hati kita untuk terus mencari tarbiyyah yang terbaik. Hinggalah kita mengenal apa erti dakwah dan tarbiyyah.

Barangkali suasana sekeliling tak cukup untuk membuat kita benar-benar faham realiti berada di jalan ini. Ada perkara yang sukar kita setujui bila kita sendiri tak berada dalam medan amal itu. Kita kurang jelas kenapa perlu buat perkara itu dan ini. Akhirnya kita merasa payahnya jalan ini. Saban hari dihimpit pelbagai persoalan yang semakin membuntukan.

aku mengerti perasaan itu.

aku juga pernah melalui saat payahnya mencari haluan diri. saat payahnya menghadapi kekangan tarbiyyah. cuma, Allah mentarbiyyah kita sesuai dengan kemampuan kita. Sesuatu dengan tahapan yang Dia mahu kita capai. Sesuai dengan jiwa dan jasadi kita. Dia kenal kita melebihi kita mengenali diri sendiri.

Barangkali tak semua orang akan memperoleh peluang tarbiyah . Dalam banyak2 tarbiyyah pula, tak semua orang akan peroleh peluang tarbiyyah yang membina. Masing-masing dengan tarbiyyah masing-masing. Walaupun kita merasa tarbiyyah hari ini sangat tak membina diri kita untuk membentuk fikrah islam, tak mengapa. Sabar dan terus bersabar. Barangkali banyak perkara yang kita pelajari dalam tempoh ini.

Cuma jangan pernah lupa untuk sentiasa berdoa, “Ya Allah, kurniakan lah aku tarbiyyah yang terbaik, yang Engkau redha.”

Sebab pengakhiran hidup kita cuma redha Allah yang dinanti.

Maka, siapa yang lebih mencintai, bilamana dia mahu bersama hingga ke surga Ilahi.

#because i love you, and i just want to be with you till jannah

Fasa perubahan

[just a sempoi and a quick post insyaAllah]

—————————

Alhamdulillah.

At last aku berjaya tamatkan bachelor degree for three years. At last..

Tapi kehidupan selepas habis belajar sebenarnya lebih mencabar. Too many things yang aku nak capai. There is always something yang nak ditulis dalam wishlist aku. Tapi sejauh mana aku punyai perancangan yang tersusun untuk kehidupan ni.

Emmm..

At the age yang sepatutnya dah banyak benda yang aku patut kuasai, aku sebenarnya rasa jauh ketinggalan. Sebagai perempuan, lagi lah banyaaaaaak benda yang perlu fikirkan.

So, just a very suddent decision yang aku buat, i’ve decided to try for cikgu tadika. Haha. The hardest part bila aku kena interact with kids. I have a awkward-kinda shy feeling bila bersama budak. Serius. But most of the time, aku redah je. Jadi hipokrit and try to enjoy the feeling.
Kadang2 kesian kat diri sendiri jugak, apesal lah i turn myself to be pelik gini. Sooo, perhaps being a chikgu is the best job for this time being. This is not permanent yet. After a few months, i will do something for my master. Yeayyyy!!! Back to school.

By the way, currently aku agak bercelaru dengan hala tuju hidup sendiri. I thought it would be nice if aku pursue dalam bidang something related to bussiness. But, my favourite teacher, tiba2 encourage aku untuk go further. Dia still ingat the first thing i told her when i got the offer for my bachelor degree. *terharuuu..
Go, find yourself become a lecturer one day.
Me: ouhhh…. ^^!

Haha. It just part of the plan. But subject to change.

Tapi yang paling susah for this time being, adalah macamana aku nak survive with a poor financial support. Semua benda need money. Even now, aku masih di rumah, memikirkan cara yang terbaik. Well, keadaan perlu untuk lebih berdikari. Emm.

Above all, perancangan Allah tu adalah yang terbaik.

I have an ayat yang refleks keadaan aku sekarang, and everytime aku ingat ayat ni, it makes me feel stronger inside. Sebab fasa perubahan yang berlaku bukan hanya melibatkan fizikal dan persekitaran, tapi melibatkan jiwa dan matlamat kita. Bukankah matlamat kita hanya untuk menuju pada Dia?

Dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman.”
3:139

Indeed, i need to be strong.
Just dont be too fragile :’)

IMG_3265.JPG

The Ultimate Remedy

Assalamualaikum

 

 

 

“Dan orang yang membawa kebenaran dan orang yang membenarkannya,

mereka itulah orang yang BERTAKWA.

Mereka memperolehi apa yang mereka kehendaki di  sisi Tuhannya.

Demikianlah balasan bagi orang-orang yang berbuat baik.”

Az-zumar: 33-34

 

 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana di atas nikmatNya, kita masih merasai nikmat tarbiyyah. Nikmat berada bersama orang-orang yang mencari keredhaanNya. Dan juga nikmat untuk terus kuat berusaha mencari jalan yang terbaik untuk ke surga.

 

Kerana pada rahmat itu jua lah kita menemui jejak-jejak tarbiyyah hingga setiap jejak itu meninggalkan kesan yang sangat mendalam pada kehidupan kita. Dari jahiliah Allah lah yang mentarbiyyah kita hingga kita benar-benar menemui tarbiyyah yang kita ikuti saat ini. Dan sepanjang perjalanan, kita menilai setiap perubahan dan kesusahan yang kita lalui dari kefahaman yang kita perolehi.

Saat kita bermuhasabah sendiri, kita sedar jauhnya waktu silam yang telah kita tinggalkan. Banyak perkara yang cuba kita lupakan. Namun ada juga beberapa perkara yang kita masih ingat agar kita sedar, inilah realiti kisah silam dahulu. Hinggakan kita sendiri mengakui, banyaknya coretan kotoran yang mencorakkan rentas kain kehidupan. Banyak dosa-dosa lalu yang entah terhapus atau belum. Sedangkan kita sedar, dosa itu ibarat satu kerisauan yang amat besar untuk mengadapi hari terakhir. Untuk dibawa menghadap Ilahi.

Dan kerana kerisauan itu semakin membelenggu, kadang kita merasa lemahnya untuk meneruskan langkah, kerana seolah tak layaknya diri untuk terus bertapak di jalan yang suci. Tak layaknya diri bila punyai kisah silam sendiri. Sungguh, kecewa menapaki hati hingga takut kesudahan nasib sendiri.

Tapi Allah, Dia lah benar-benar dan sentiasa menyayangi hambaNya, yang sentiasa memberi harapan dari lemasnya dosa dan noda manusia. Dia jua lah yang memberi penawar bagi segala kedukaan yang aku alami.

 

“Agar Allah menghapuskan perbuatan mereka yang paling buruk yang pernah mereka lakukan dan memberi pahala kepada mereka dengan yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.” (Az-zumar: 35)

 

 

This is the ultimate remedy :’)

*If and only if, kamu adalah orang yang bertakwa =_=

 

 

[Bangi; 25/8/14 | 2.01am]

Genap 4 tahun

Assalamualaikum..

 

Semoga sentiasa berada dalam himmah iman yang tinggi dan ikhlas kerana Allah.

 

[23/8/2010]

Hari hujan. Mendung. Nyaman. Luar dan dalam. 🙂

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Genap 4 tahun aku merasai sinar hijrah. Dari sebuah Quran yang ada kisah disebaliknya. 

 

 

Tarbiyyah yang bermula entah bila, yang datang menyapa tanpa aku suka pada mulanya. Itu realiti diri aku yang cukup jahil dengan dosa. Tapi Allah tu tetap memberi walau cuba aku lari. Walau aku sendiri tak sedar yang sebenarnya aku sedang mencari. Mencari hakikat hidup yang abadi bukannya hanya mengikut nafsu diri. 

Aku ingat, jahiliah ketika tu terlalu tebal. Banyak.

Hingga aku sendiri lelah menghadapi hari. Sampai satu saat, aku tertanya pada hati, apa sebenarnya yang aku nak dalam hidup ni? 

 

Allah, Dia yang mendidik setiap jiwa. Dia yang memberi kita rasa. Dia yang menumbuhkan cinta di saat kita tenggelam dengan dunia. Yang tetap membisikan semangat tatkala kecewa. Dia juga yang memilih siapa yang setia. :’)

 

Ya Allah, ikhlaskan aku bila aku belum benar menjadi ikhlas.  Kuatkan aku bila aku merasa lemah merubah diri. Cukupkan aku disaat aku merasa serba kurang dari manusia. Pandanglah aku bersama rahmat dan cintaMu. 

 

Ampuni dosaku yang lalu mahupun yang akan datang.

Dosa yang lalu mahupun yang akan datang

 

 

 

 

“Tidak mungkin bagi seseorang untuk menjadi hamba Allah, sementara dia masih menuruti hawa nafsunya”

 

——————————————————————————————————————————————————

 

Al-quran : Where you can find the true meaning of love

 

 

Dont worry, I still love you, even after four years, yet till now.