nikmat dalam keputus asaan

 

 

Terima kasih sebab banyak bersabar dengan kerenah kami semua. Moga Allah mengganjari segala usaha akak2. Saya dapat banyak benda  kali ni. Sorry sebab selalu buat barrier antara kita.  insyaAllah saya akan usahakan untuk berubah sikit demi sikit.

aku harap aku akan tetap ingat moment ini untuk aku kenang hingga ke suatu masa yang aku akan merinduinya. aku harap ia akan menjadi tumuhan untuk aku terus berbuat tanpa meletakkan expectation..

pada awalnya, dialah harapan. dialah yang paling menonjol. dan tatkala itu ramai antara kami berharap agar dialah yang akan terus tsabat hingga ke akhirnya.

tak siapa sangka, setenang air yang ditenung, akhirnya berkocak jua. ujian-ujian yang terpaksa dihadapinya menjadikan dia goyah. satu persatu ujian datang untuk meruntuhkan ego yang berdiri kukuh dalam jiwanya, namun gagal dek kuatnya hati melawan fitrah semulajadi.

terus dan terus dia menafikan realiti kelembutan kasih sayang sekeliling, kecintaan dan kebahagiaan dakwah.. hinggalah akhirnya benteng ego itu akhirnya retak. Allah sungguh berhak memilih siapa saja yang Dia mahu. Hatta untuk setiap ujiannya, Dia menurunkan dengan ukuran yang terbaik.

aku melihat harapan dalam keputus asaan aku. aku kini melihat dia seolah berlari mencari cahaya di sebalik jauhnya dia ketinggalan. Aku melihat kesungguhannya dalam meruntuhkan ego yang terbina sejak kecil. Allahu… semoga Engkau menguatkan dia dalam setiap derap langkahnya. Menunjukinya ke jalan yang terbaik yang Engkau redha.

dan menumbuhkan kecintaan dalam jiwa kami antara satu sama lain…

 

maka, nikmat Tuhanku yang manakah yang aku dustakan?

alhamdulillah thummalhamdulillah

Pejamkan saja ;)

photo_2016-02-17_20-43-01

 

” I believe Allah will unite my heart with the person that He loves” – ukhty X

Masih aku ingat saat dia berkata begitu. Ketika tu entah kenapa terlalu sering dia mengingatkan aku tentang attachment . Walaupun sebenarnya aku tak pernah meluahkan apa-apa cerita tentang attachment aku padanya. Hebatnya Allah mendatangkan dia untuk menegur aku.

She indeed so true.

 

Urusan hati tu sangat kompleks. Tak mampu kita sendiri memberi pengertian pada setiap rasa hati kita. Ada waktu kita seolah teramat bahagia tanpa kita sendiri faham atas sebab apa. Ada waktu kita merasa senang bersama dan hanya mahu terus bersama. Seolah hati-hati terhubung pada satu bahasa yang masing-masing fahami. Hanya bermesra tanpa perlu dipaksa.

 

 

 

“Sometimes the things are left unspoken”

 

 

Ironinya, seharusnya urusan hati  tak perlu untuk kita risaukan. Allah berjanji bahwa jiwa orang yang beriman akan disatu dalam saf-saf yang teguh ibarat bangunan yang kokoh. Allah berjanji bahwa Dia pasti akan menumbuhkan kasih-sayang pada hati orang yang saling berkasih-sayang kerana Nya.

Then, why should we worry?

Apa yang kita risaukan adalah iman, jika ia adalah paksi kepada kecintaan di tali ukhwah. Yang patut kita takutkan adalah lemahnya iman hingga wujud pertelingkahan. Hingga merasa cepatnya kecewa dan putus asa. Hingga memilih untuk tak membagi rasa kerana takut terluka.

 

photo_2016-02-17_22-14-28

 

Ya Allah, kami memohon cintaMu, cinta orang-orang yang mencintaiMu, dan cinta kepada segala yang mendekatkan kami pada cintaMu.

 

 

 

Lower Your Expectations 

Terlalu sering aku temui diriku yang terlalu dalam cintanya pada manusia. Hingga kadang aku merasa ia suatu kelemahan yang harus aku atasi. Ketakutan pada kecintaan manusia kerana aku takut cinta itu disalah tafsir oleh hati sendiri. Bilamana cinta manusia diagungkan hingga garisan ‘ilah’ pada Tuhan kian teralih.
Aku takut aku akan meletakkan pengantungan yang sangat tinggi pada manusia. Mengira mereka boleh mengisi kekosongan hidup aku. Mengira bahwa mereka lah yang akan membahagiakan aku.
Tapi aku salah.

I put too high expectation to people in life. Hingga terlalu sering aku yang kecewa. Aku kecewa bila insan yang aku sayang tak memberi sepenuh perhatian sebagaimana aku ingin dia selalu ada.

I asked too much from people, sedangkan aku lupa bahwa masing-masing punya tanggungjawab yang lebih besar iaitu dakwah dan tarbiyah itu sendiri.

Aku telah meletakkan kepentingan diri melebihi kepentingan tarbiyah dan dakwah. Hingga suatu masa aku pernah terlalu kecewa dengan manusia. Aku sangka aku terluka. Tapi aku silap. Aku lah sebenarnya yang salah. Salah dalam meletakkan neraca dunia.

Sekarang baru aku tahu. Tak semestinya apa yang kita cinta akan sentiasa ada bersama. Tak semestinya apa yang kita suka akan selamanya ada untuk kita. Ada masa kita kena lalui kepahitan atas kecintaan yang kita pernah rasa. Ada masa, nilai cinta kita adalah pada bahagianya orang yang kita cinta. Jika mereka bahagia, maka itulah kebahagian bagi kita. Cintai dan beri lah peluang pada orang yang kita cinta untuk mencintai insan lain yang mereka cinta. Kita tiada hak mutlak untuk mencintainya sahaja. Jiwa kita bebas untuk menyayangi dan bebas untuk membuat mereka bebas dicintai.

Dunia terlalu sementara. Apa yang kita mahu tak semua yang kita dapat. Tapi di surga, segalanya pasti dan yang lebih utama…ia akan terus kekal selamanya..

 

A042

”Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami tidak memberati diri seseorang melainkan sekadar yang terdaya olehnya. Mereka itulah ahli surga, mereka kekal di dalamnya.”

A043

”Dan Kami cabutkan segala rasa dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (surga) yang mengalir beberapa sungai di bawahnya dan mereka bersyukur dengan berkata; ” Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk ini, padahalkami tidak sesekali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami; sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran”

Dan mereka diseru; ‘ Itulah surga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan’