Lower Your Expectations 

Terlalu sering aku temui diriku yang terlalu dalam cintanya pada manusia. Hingga kadang aku merasa ia suatu kelemahan yang harus aku atasi. Ketakutan pada kecintaan manusia kerana aku takut cinta itu disalah tafsir oleh hati sendiri. Bilamana cinta manusia diagungkan hingga garisan ‘ilah’ pada Tuhan kian teralih.
Aku takut aku akan meletakkan pengantungan yang sangat tinggi pada manusia. Mengira mereka boleh mengisi kekosongan hidup aku. Mengira bahwa mereka lah yang akan membahagiakan aku.
Tapi aku salah.

I put too high expectation to people in life. Hingga terlalu sering aku yang kecewa. Aku kecewa bila insan yang aku sayang tak memberi sepenuh perhatian sebagaimana aku ingin dia selalu ada.

I asked too much from people, sedangkan aku lupa bahwa masing-masing punya tanggungjawab yang lebih besar iaitu dakwah dan tarbiyah itu sendiri.

Aku telah meletakkan kepentingan diri melebihi kepentingan tarbiyah dan dakwah. Hingga suatu masa aku pernah terlalu kecewa dengan manusia. Aku sangka aku terluka. Tapi aku silap. Aku lah sebenarnya yang salah. Salah dalam meletakkan neraca dunia.

Sekarang baru aku tahu. Tak semestinya apa yang kita cinta akan sentiasa ada bersama. Tak semestinya apa yang kita suka akan selamanya ada untuk kita. Ada masa kita kena lalui kepahitan atas kecintaan yang kita pernah rasa. Ada masa, nilai cinta kita adalah pada bahagianya orang yang kita cinta. Jika mereka bahagia, maka itulah kebahagian bagi kita. Cintai dan beri lah peluang pada orang yang kita cinta untuk mencintai insan lain yang mereka cinta. Kita tiada hak mutlak untuk mencintainya sahaja. Jiwa kita bebas untuk menyayangi dan bebas untuk membuat mereka bebas dicintai.

Dunia terlalu sementara. Apa yang kita mahu tak semua yang kita dapat. Tapi di surga, segalanya pasti dan yang lebih utama…ia akan terus kekal selamanya..

 

A042

”Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami tidak memberati diri seseorang melainkan sekadar yang terdaya olehnya. Mereka itulah ahli surga, mereka kekal di dalamnya.”

A043

”Dan Kami cabutkan segala rasa dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (surga) yang mengalir beberapa sungai di bawahnya dan mereka bersyukur dengan berkata; ” Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk ini, padahalkami tidak sesekali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami; sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran”

Dan mereka diseru; ‘ Itulah surga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan’