dare to dream big!

salam.

alhamdulillah sudah berada di penghujung sem 4.

wahh..sem 4. Another 2 sem to finish up my degree. hoh.

tringat satu ayat ni.. ” Memasuki universiti dengan matlamat untuk mendapatkan pekerjaan yang baik adalah SALAH.
kerana universiti tidak melahirkan ‘pekerja’ tetapi melahirkan ilmuwan dan manusia yang memberi manfaat kepada orang lain”

fuhh,,it is really membuatkan kita pause n ponder pe sebenarnya yang dah diniatkan along the way kte “beribadah” di universiti. to be a great person with a scroll of degree. to make family pround, heh?

ehm, sume tu memang betul tapi ape yang memberi nilai yang sebenarnya pada erti belajar n menuntut ilmu tu adalah apabila kita bukan sekadar mencari ilmu, tapi kita mencari kelebihan yang jauh lebih hebat dari sekadar duduk dan baca buku.

indeed, menjadi pelajar sangat banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. tu baru sebagai pelajar. belum tanggungjawab lain lagi tu. 🙂

tapi apa yang membuatkan kita tetap berusaha walaupun kita tak pernah tahu pun apa yang akan berlaku in future, adalah kerna harapan.

ya, harapan.

harapan kita kepada Allah.

sejujurnya melihat pada kehidupan aku sendiri, aku tak pernah punyai matlamat mahupun cita-cita yang tetap untuk dicapai. at the end of the road yang aku lalui, aku akan selalu ponder and tanya diri aku sendiri, where should i go next? which way then?

aku terlalu tak pasti.

aku terlalu takut meletakkan keyakinan pada diri sendiri.

tapi dalam setiap penghujung episod perjalanan aku, aku akan bertanya pada Allah,

“ya Allah, jalan mana yang terbaik?”

 

seusai spm, aku buntu. terasa cita-cita tak serupa yang dirangka. tak sama seperti yang dirasa.

susah.. susah memiilih yang terbaik. tapi aku selalu ingat pesan guruku, “ingat, doa kat Allah semoga Dia beri yang terbaik”

itu yang aku ulang-ulang setiap kali aku berdoa seusai solat.

hinggalah sekarang, for every keputusan yang akan aku ambil, aku minta petunjuk yang terbaik dari Allah.  setiap outcomes dari keputusan itu telah aku pahatkan redha dan bersangka baik pada Dia. Barangkali itu yang terbaik, dan mungkin kebaikannya aku belum sedari.

 

 

Moga Dia tak biarkan kita menentukan takdir kita sendiri walaupun pada kadar sekelip mata mahupun lebih cepat daripada itu.

 

 

hakikatnya, kita tiada apa untuk bergantung melainkan Allah semata. Kerna hanya Dia yang Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita.

so, dare to dream big because we never know what is waiting ahead.

be confident. 😀

Where should i go

Aku tak tahu siapa yang aku ada, tapi apa yang aku tahu, aku hanya ada Allah yang selalu sudi menerima aku walaupun aku terlalu banyak berdosa. 😥

Aku tak tahu camna nak ubah diri aku yang selalu lupa tanggungjawab aku. Umat sedang sakit. Umat perlukan kita.

Barangkali Allah masih memberi aku peluang untuk berusaha sebelum Dia benar-benar menangkan islam. Aku nak jadi golongan yang bersama-sama berusaha untuk islam tu naik.. Allah dah cakap dalam al-quran, amat berbeza orang yang bersama islam setelah islam menang n orang yang bersama memperjuangkan islam..

so now, where should i start?

where should i go?

kita tak kalah, cuma belum menang

 “Ataukah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, dan diguncang (dengan berbagai cobaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “kapan datang pertolongan Allah?”

“Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”

Al-baqarah : 214

Allahu.. terlalu banyak perkara yang menghimpit jiwa muslim hari ini. Melihat umat islam yang cuba menegakkan islam kian ditindas, kian dizalimi. Kemana perginya keadilan bagi mereka yang mencari sinar kegemilangan islam?

Mereka yang zalim memperlakukan agama hanya sekadar syarat dalam kehidupan mereka, Bukanlah menjadikan agama itu sebagai ad-deen. Terlalu banyak kemaksiatan, kepincangan, kezaliman dan penindasan.

Aku sendiri merasa sempitnya hidup dengan negara yang tidak melaksanakan islam sebagai agama yang sebenarnya. Yang rasmi sebagaimana termaktub dalam pelembagaan negara.

melihat masih ramai manusia yang menghambakan duit, menghambakan orang ternama. Pemimpin mewah dengan harta negara, sedangkan rakyat terhimpit dengan ekonomi yang mencengkam. Biasiswa tertangguh. Amount dikurangkan. Apa yang sebenarnya mereka fikirkan untuk rakyat sebenarnya..

Allahu..

ternyata, masih banyak kerja yang perlu kita lakukan. Masih ramai yang belum faham islam dengan sebenarnya. Masih ramai yang keliru dengan yang haq dan batil.

tapi, persoalannya, di manakah kita tatkala umat dalam kekeliruan?

forth sem :’)

Assalam..

it is almost the end of my forth sem… forth sem already. wahhhhh..after all!

Tapi sepanjang perjalanan 2 tahun di sini, terlalu banyak yang kita pelajari. Entah kenapa, perasaan hati seolah semakin hampir mengakhiri moment bersama rakan seperjuangan. Seolah semakin hampir untuk meninggalkan jejak-jejak yang terakhir sebelum kami meninggalkan diri masing-masing. Entah akan ketemu lagi ke tidak.

Entah.

Pada waktu yang tersisa ini, seakan kita cuba mencipta setiap jejak dalam kehidupan kita, melakar kenangan bersama insan- insan yang banyak memberikan tarbiyyah pada kehidupan kita. Mereka lah antara orang yang banyak membantu kita berubah untuk mengenal Allah.

Pasti kenangan sehebat itu tidak mampu untuk kita lupakan. :’)

Aku tahu, penulisanku di sini barangkali tidak diketahui oleh sesiapa pun dalam kalangan mereka. Barangkali juga penulisan hati ini tidak sampai pada mereka, tapi biarlah, semoga nukilan ini memberi ketenangan bagi hatiku. Memberi aku suatu rasa yang bahgia. 🙂

Moga mereka tetap tahu bahwa aku akan tetap menyayangi mereka kerna Allah. Mengenali mereka kerna Allah. Menegur mereka kerna Allah. Bersabar dengan mereka juga kerna Allah.

Barangkali pengorbanan dan kecintaan kita tidak seberapa pada pandangan manusia, tapi biarlah hanya Allah yang berhak menilai semua rasa itu.

Setiap saat yang mereka habskan bersama aku, moga Allah balas dengan kebaikan. Segala kesabaran mereka dalam melayani aku, moga Allah gantikan dengan rahmatNya.

Tanpa kalian, siapalah aku dalam mencari jejak mengenal Allah. Dengan ukhwah yang ada pada kalian yang memberikan aku kekuatan untuk terus melangkah pada jalan ini.