dare to dream big!

salam.

alhamdulillah sudah berada di penghujung sem 4.

wahh..sem 4. Another 2 sem to finish up my degree. hoh.

tringat satu ayat ni.. ” Memasuki universiti dengan matlamat untuk mendapatkan pekerjaan yang baik adalah SALAH.
kerana universiti tidak melahirkan ‘pekerja’ tetapi melahirkan ilmuwan dan manusia yang memberi manfaat kepada orang lain”

fuhh,,it is really membuatkan kita pause n ponder pe sebenarnya yang dah diniatkan along the way kte “beribadah” di universiti. to be a great person with a scroll of degree. to make family pround, heh?

ehm, sume tu memang betul tapi ape yang memberi nilai yang sebenarnya pada erti belajar n menuntut ilmu tu adalah apabila kita bukan sekadar mencari ilmu, tapi kita mencari kelebihan yang jauh lebih hebat dari sekadar duduk dan baca buku.

indeed, menjadi pelajar sangat banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. tu baru sebagai pelajar. belum tanggungjawab lain lagi tu. 🙂

tapi apa yang membuatkan kita tetap berusaha walaupun kita tak pernah tahu pun apa yang akan berlaku in future, adalah kerna harapan.

ya, harapan.

harapan kita kepada Allah.

sejujurnya melihat pada kehidupan aku sendiri, aku tak pernah punyai matlamat mahupun cita-cita yang tetap untuk dicapai. at the end of the road yang aku lalui, aku akan selalu ponder and tanya diri aku sendiri, where should i go next? which way then?

aku terlalu tak pasti.

aku terlalu takut meletakkan keyakinan pada diri sendiri.

tapi dalam setiap penghujung episod perjalanan aku, aku akan bertanya pada Allah,

“ya Allah, jalan mana yang terbaik?”

 

seusai spm, aku buntu. terasa cita-cita tak serupa yang dirangka. tak sama seperti yang dirasa.

susah.. susah memiilih yang terbaik. tapi aku selalu ingat pesan guruku, “ingat, doa kat Allah semoga Dia beri yang terbaik”

itu yang aku ulang-ulang setiap kali aku berdoa seusai solat.

hinggalah sekarang, for every keputusan yang akan aku ambil, aku minta petunjuk yang terbaik dari Allah.  setiap outcomes dari keputusan itu telah aku pahatkan redha dan bersangka baik pada Dia. Barangkali itu yang terbaik, dan mungkin kebaikannya aku belum sedari.

 

 

Moga Dia tak biarkan kita menentukan takdir kita sendiri walaupun pada kadar sekelip mata mahupun lebih cepat daripada itu.

 

 

hakikatnya, kita tiada apa untuk bergantung melainkan Allah semata. Kerna hanya Dia yang Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita.

so, dare to dream big because we never know what is waiting ahead.

be confident. 😀