Dalam Ukhwah Ada Bekalan

Assalamualaikum..

alhamdulillah untuk nikmat yang tak terkira yang telah Dia kurniakan ke atas kita, hatta kita tak pernah meminta sebegitu banyak. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Alhamduliilah ke atas nikmat ukhwah yang Dia anugerahkan sebagai bekalan di jalan dakwah dan tarbiyah. Benar lah di sebalik ukhwah sendiri banyak perkara yang kita pelajari. Banyak sentuhan-sentuhan tarbawi dari ukhty yang terdekat. Saban hari kita semakin mencintai mereka kerana hebatnya qudwah yang dimiliki mereka.

Di jalan ini lah aku menemui insan yang ikhas beramal. Tak mengharap perhatian mahupun balasan. Dia tahu apa yang dia mahu dan dia jelas dengan matlamat yang dia usahakan. Allahu, seringkali aku merasa ingin ikhlas seperti dia. Tidak meletakkan sandaran dunia dalam beramal. Tidak buat hanya ketika aku merasa senang dan beralasan ketika payah. Sungguh hebat peribadi al-ukht. Hingga kan pernah suatu pagi, aku bangkit dengan rasa sedih. Aku tanyakan pada diri, selama aku hidup, apa amal yang paling ikhlas yang akan aku bawa pada Allah. — aku rasa sungguh rugi.

“Dan barangsiapa menaati Allah dan Rasul, maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah, (iaitu) para nabi, para pencinta kebenaran, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya”

An-nisa : 69

photo_2015-09-06_22-46-45

*uhibbukum fillah..each of you. Semoga Allah teguhkan hati kita untuk terus berjuang di jalan ini. semoga hari mendatang lebih baik daripada hari yang telah berlalu. Semoga saling menguatkan.

Leave a comment