stay strong

Assalamualaikum..

 

(Allah) berfirman, “Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilih (melebihkan) engkau dari manusia yang lain (pada masamu) untuk membawa risalah-Ku dan firmanKu, sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah engkau termasuk orang-orang yang bersyukur.”

Al-‘Araf:144

Aku tahu, ketika ini kita masing-masing bermujahadah dengan hal yang membelenggu diri.

Aku tahu, barangkali keadaan tak sama seperti pertama kali kita merencana semua ini. Bagi aku, dalam perjalanan ini perlu ada perubahan. Mengharap perkara yang dicintai dahulu menjadi perkara yang amat dicintai hari ini kerana Allah. Kalau dulu membuta tanpa mengenal Tuhan, kini bersama memimpin ke jalan Tuhan.

Sepertinya Allah telah menemukan kita pada jalan ini, memberikan segala kebaikan untuk terus tsabat meskipun tak layaknya kita dengan dosa yang ada. Tapi, Dia tetap meneguhkan hati kita untuk terus mencari tarbiyyah yang terbaik. Hinggalah kita mengenal apa erti dakwah dan tarbiyyah.

Barangkali suasana sekeliling tak cukup untuk membuat kita benar-benar faham realiti berada di jalan ini. Ada perkara yang sukar kita setujui bila kita sendiri tak berada dalam medan amal itu. Kita kurang jelas kenapa perlu buat perkara itu dan ini. Akhirnya kita merasa payahnya jalan ini. Saban hari dihimpit pelbagai persoalan yang semakin membuntukan.

aku mengerti perasaan itu.

aku juga pernah melalui saat payahnya mencari haluan diri. saat payahnya menghadapi kekangan tarbiyyah. cuma, Allah mentarbiyyah kita sesuai dengan kemampuan kita. Sesuatu dengan tahapan yang Dia mahu kita capai. Sesuai dengan jiwa dan jasadi kita. Dia kenal kita melebihi kita mengenali diri sendiri.

Barangkali tak semua orang akan memperoleh peluang tarbiyah . Dalam banyak2 tarbiyyah pula, tak semua orang akan peroleh peluang tarbiyyah yang membina. Masing-masing dengan tarbiyyah masing-masing. Walaupun kita merasa tarbiyyah hari ini sangat tak membina diri kita untuk membentuk fikrah islam, tak mengapa. Sabar dan terus bersabar. Barangkali banyak perkara yang kita pelajari dalam tempoh ini.

Cuma jangan pernah lupa untuk sentiasa berdoa, “Ya Allah, kurniakan lah aku tarbiyyah yang terbaik, yang Engkau redha.”

Sebab pengakhiran hidup kita cuma redha Allah yang dinanti.

Maka, siapa yang lebih mencintai, bilamana dia mahu bersama hingga ke surga Ilahi.

#because i love you, and i just want to be with you till jannah

Leave a comment